Puak Syiah 'Kaki Curi' Kambing Diculik Taliban

Diterbitkan: Ahad, 22 November 2015 11:12 AM

(Ubah saiz teks)

KANDAHAR: Kumpulan Taliban Afghanistan dilapor telah menculik tujuh ahli komuniti Syiah Hazara yang didakwa mencuri kambing penduduk, lapor pihak berkuasa.

Dalam kejadian itu, Taliban dikatakan telah menahan bas yang dinaiki komuniti berkenaan di kawasan sunyi antara Shah Joy dan Qalat di Zabul sebelum menculik 17 orang.

Bagaimanapun, sembilan daripada komuniti Syiah tersebut telah dibebaskan manakala tujuh lagi dijadikan tebusan.

Pemimpin tempatan, Wazir Mohammed jawadi berkata, kempulan lelaki bersenjata itu telah menculik lapan ahli komuniti Syiah Hazara.

Namun pegawai polis tempatan, Mirwais Noorzai memberitahu, hanya tujuh individu telah dijadikan tebusan dalam penculikan berkenaan.

Ketua pemimpin Taliban, Mullah Taqwa berkata, kesemua tebusan akan dibebaskan sekiranya puak Syiah Hazara menyerahkan semula kambing milik penduduk.



Tags / Kata Kunci: Syiah Hazara , Taliban

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan