Polis Serbu Rumah Suspek Wanita Serangan Di Paris

Diterbitkan: Jumaat, 20 November 2015 8:30 AM

Boulahcen (tengah) antara dalang utama serangan di Paris, Jumaat lalu.

(Ubah saiz teks)

PARIS: Polis Perancis menyerbu kediaman emak kepada keluarga suspek wanita yang dipercayai meletupkan dirinya ketika pihak berkuasa menjalankan operasi pemburuan besar-besaran, sepanjang minggu ini.

Dua terkorban dalam serbuan selama tujuh jam yang mensasarkan sebuah bangunan di Saint-Denis, pinggir Bandaraya Paris.

Serbuan itu dilakukan bagi memburu pejuang kumpulan militan Negara Islam (IS), Abdelhamid Abaaoud dan seorang wanita yang juga pengebom berani mati.

Sumber memberitahu wanita berusia 26 tahun yang dikenali sebagai Hasna Ait Boulahcen, iaitu sepupu kepada Abaaoud, menjadi dalang utama serangan di Paris, Jumaat lalu.

Dalam insiden itu seramai 129 dilaporkan terkorban.

Satu klip video dirakam oleh penduduk tempatan di kawasan itu dengan menunjukkan anggota polis menyerbu masuk sebuah bangunan di Saint Denis, pada pagi Rabu lalu.

Polis pada Khamis menyerbu rumah ibu kepada Boulahcen dan rumah abangnya.

Mereka dilaporkan mengenal pasti suara menerusi rakaman video itu.

"Fikirannya sudah dipengaruhi," kata ibunya yang mengakui Boulahcen berkelakuan pelik sejak enam bulan lalu.

Abang Boulahcen berkata, adik perempuannya itu berubah sikap dengan tiba-tiba dan berhijab sepenuhnya.

Seorang sumber lain berkata, serbuan polis itu diadakan di rumah enam suspek di sekitar Aulnay-sous-Bois, sebuah pekan di timur laut Paris, lokasi tempat tinggal Boulahcen sejak enam bulan lalu.

Tags / Kata Kunci: serangan Paris , Hasna Ait Boulahcen

iklan

Video

Khamis, 27 Julai 2017 3:00 PM

Aksi Separuh Bogel Tu Kisah Lamalah!

Khamis, 27 Julai 2017 12:30 PM

Mal Imran Artis Bermusim?

Khamis, 27 Julai 2017 9:00 AM

Panas! Hisyam Hamid & Aaron Aziz Bergaduh?

Rabu, 26 Julai 2017 3:46 PM

Saya Bukan Artis Murahan! - Elvina

Selasa, 25 Julai 2017 3:00 PM

Aaron Abdul Iras Sudirman?

Selasa, 25 Julai 2017 12:00 PM

Eyka Farhana Diusik Minta Nombor Telefon

Selasa, 25 Julai 2017 9:00 AM

Tauke Jambu Tak Sabar Naik Pelamin

Kolumnis

iklan

Iklan