Polis Dedah Gambar Salah Abdeslam

Diterbitkan: Jumaat, 20 November 2015 10:09 AM

(Ubah saiz teks)

POLIS Perancis mendedahkan gambar terbaru suspek serangan Paris, Salah Abdeslam yang mengorbankan 129 nyawa pada Jumaat lepas.

Salah Abdeslam didakwa menggunakan kereta Volkswagen hitam untuk melakukan serangan pada Jumaat selain  menggunakan nama baru dan menyamar dengan memakai rambut palsu serta cermin mata.

Namun dalam usaha buruan polis antarabangsa, seorang rakan mendedahkan bahawa dia berasa bersalah dengan pembunuhan yang dilakukan tetapi tidak boleh menyerah diri kerana takut dengan tindak balas keluarganya oleh ISIS.

Abdeslam adalah lelaki yang dikehendaki di Eropah selepas didakwa dalang serangan Paris, Abdelhamid Abaaoud terbunuh dalam pertempuran selama enam jam dengan polis pada Rabu di Paris' Saint-Denis.

Pihak berkuasa percaya Abdeslam tinggal di pangsapuri sama di mana Abaaoud bersembunyi tetapi dia tidak dijumpai semasa serbuan.

Tetapi mungkin dia sedang bersembunyi dari polis dan pejuang jihad yang lain kerana dia tidak melaksanakan tugasannya sebagai pengebom berani mati.

Abdeslam antara penyerang yang sempat dirakam kamera CCTV ketika menembak orang ramai di luar kafe semasa serangan pada Jumaat.

Tags / Kata Kunci: Paris , Perancis

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan