Pukul Remaja AS-Palestin: Polis Israel Dihukum Penjara, Khidmat Masyarakat

Diterbitkan: Khamis, 19 November 2015 1:22 PM

(Ubah saiz teks)

JERUSALEM: Anggota polis Israel dikenakan hukuman penjara dan melakukan khidmat masyarakat kerana memukul remaja Amerika Syarikat (AS) berketurunan Palestin ketika pergolakan di bandar ini tahun lalu.

Tariq Khdeir dari Tampa, Florida ke bandar ini ketika berlaku demonstrasi susulan penculikan dan pembunuhan sepupunya yang berusia 16 tahun, Mohammed Abu Khudeir yang disyaki dilakukan tiga warga Israel pada 2 Julai 2014.

Video amatur menununjukkan dua anggota polis Israel bertindak memumbuk dan menendangnya. Kejadian ketika Tariq Khdeir berusia 15 tahun itu juga menyebabkan matanya lebam dan bibirnya membengkak.

Polis berkata, Khdeir adalah antara enam peserta demonstrasi yang ditahan, tetapi remaja itu mendakwa dia tidak terlibat.

Israel mendakwa salah seorang anggota polis terlibat di Mahkamah Majistret Jerusalem.

Pada Rabu, mahkamah berkenaan menjatuhkan hukuman khidmat masyarakat selama 45 hari dan penjara empat bulan, kata jurucakap Jabatan Hal Ehwal Polis, Kementerian Kehakiman kepada Reuters.



Tags / Kata Kunci: Tariq Khdeir , Israel , Tampa

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan