IS Dedah Gambar 'Schweppes' Peledak Bom Letup Pesawat Rusia - Berita Dunia | mStar

IS Dedah Gambar 'Schweppes' Peledak Bom Letup Pesawat Rusia

Diterbitkan: Khamis, 19 November 2015 10:00 AM

(Ubah saiz teks)

KAHERAH: Majalah rasmi Kumpulan Negara Islam (IS) pada Khamis mendedahkan gambar minuman Schweppes yang didakwa digunakan sebagai bahan membuat bom yang meletupkan pesawat Metrojet Russia di Semenanjung Sinai bulan lalu.

Dalam kejadian itu, semua 224 penumpang dan kru pesawat penumpang itu terkorban.

Gambar itu menunjukkan minuman tin Schweppes Gold yang menjadi bahan peledak dengan satu suis berwarna biru pekat serta tiga komponen ringkas yang didakwa menjatuhkan pesawat berkenaan.

Kerajaan barat berkata, pesawat berkenaan kemungkinan terhempas disebabkan letupan bom.

Malah Moscow pada Rabu mengesahkan letupan bom sebagai punca pesawat itu terhempas.

Bagaimanapun, kerajaan Mesir menegaskan mereka masih belum menjumpai sebarang bukti menunjukkan ia perbuatan jenayah.

Jurucakap Jabatan Negara Amerika, John Kirby pada Rabu berkata, kerajaan Amerika tidak dapat mengesahkan mengenai kesahihan dalam dakwaan majalah itu. 

IS juga menyiarkan gambar yang didakwa mereka pasport dimiliki mangsa warga Rusia. - Reuters

Tags / Kata Kunci: IS , Schweppes Gold , pesawat Rusia
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan