Polis Dedah Identiti Suspek Serangan Paris - Berita Dunia | mStar

Polis Dedah Identiti Suspek Serangan Paris

Diterbitkan: Khamis, 19 November 2015 12:47 PM

Abdelhamid menjadi suspek utama serangan Paris yang masih bebas.

(Ubah saiz teks)

PARIS: Operasi besar-besaran dilancarkan di Perancis dan Belgium bagi memburu suspek serangan berdarah di kota raya ini yang mengorbankan sekurang-kurangnya 129 orang, 13 November lalu.

Pihak berkuasa negara berkenaan yang giat berusaha untuk mengenal pasti identiti lapan penyerang itu turut mendedahkan kepada umum maklumat yang diperoleh bagi mendapatkan kerjasama orang ramai.

Berikut adalah senarai penyerang Paris yang dikenal pasti:

Suspek utama yang masih bebas:

1.ABDELHAMID ABAAOUD

- Warganegara Belgium dan disyaki dalang di sebalik serangan di Syria.

2.SALAH ABDESLAM, 26

- Dilahirkan pada 15 September 198, warganegara Perancis tetapi dilahirkan di Brussels, Belgium.

- Suspek dipercayai menyewa kereta Volkswagen Polo berwarna hitam yang digunakan dalam serangan di Paris.

Penyerang terbunuh:

1.ISMAIL OMAR MOSTAFEI, 29

- Dilahirkan pada 21 November 1985, warga Perancis berketurunan Algeria.

- Terlibat dalam serangan di dewan konsert Bataclan dan tersenarai antara penjenayah dikehendaki Agensi Perisikan Perancis pada 2010 kerana terlibat dengan kumpulan pengganas.

2.SAMY AMIMOUR, 28

- Dilahirkan pada 15 Oktober 1987, berasal dari Drancy, Saint Denis, utara Paris.

- Terlibat dalam serangan di dewan konsert Bataclan.

- Waran tangkap antarabangsa terhadapnya dikeluarkan sejak 2013 selepas disyaki terlibat dalam aktiviti berkaitan pengganas berhubung rancangan untuk ke Yaman.

3.BRAHIM ABDESLAM, 31

- Dilahirkan pada 30 Julai 1984, warganegara Belgium serta abang Salah Abdeslam iaitu suspek utama yang masih bebas

- Meletupkan diri di kafe Comptoir Voltaire di Paris

4.BILAL HADFI, 20

- Dilahirkan pada 22 Januari 1995

- Terlibat dalam serangan di Stadium Stade de France

Selain itu, pasport yang ditemui berhampiran mayat pengebom berani mati dalam serangan di luar Stadium Stade de France dikenali sebagai Ahmad Al Mohammad, 25, dari Idlib, Syria.




   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan