32 Terbunuh Dalam Serangan Bom

Diterbitkan: Rabu, 18 November 2015 10:38 AM

(Ubah saiz teks)

KADUNA, Nigeria: Seramai 32 orang terbunuh selepas sebuah bom diletupkan di Jambutu dekat ibu negeri Adamawa pada Selasa.

Kejadian pada pukul 8.20 pagi itu berlaku selepas tiga hari Presiden negara tersebut, Muhammadu Buhari melawat kawasan berkenaan dan mengisytiharkan kumpulan militan Boko Haram semakin hampir ditewaskan.

"Setakat ini, seramai 32 orang disahkan terbunuh manakala 80 cedera," kata koordinator Agensi Pengurusan Bencana, Sa'ad Bello.

Pasukan perubatan pula menjangkakan jumlah kematian akan meningkat kerana terdapat mangsa yang mengalami kecederaan parah.

Boko Haram yang merupakan kumpulan militan terbesar di Nigeria telah membunuh seramai 17,000 penduduk dan tentera sejak enam tahun lalu.



Tags / Kata Kunci: Nigeria

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan