Tiada IS Di Thailand - Ketua NSC

Diterbitkan: Selasa, 17 November 2015 9:57 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Tidak terdapat cawangan IS (Islamic States) di Thailand berdasarkan risikan dan maklumat yang diterima oleh agensi keselamatan negara berkenaan.

Semua agensi keselamatan berkaitan telah mengikuti dari dekat maklumat berita yang boleh menjejas keselamatan Thailand.

Mereka juga memantau berita termasuk laporan bahawa ada pihak di Malaysia merancang menubuhkan sebuah cawangan rasmi IS di Asia Tenggara, kata Jeneral Thawip Netniyom, ketua setiausaha Majlis Keselamatan Nasional Thai (NSC).

Beliau berkata terdapat enam kumpulan pengganas di rantau berkenaan; tiga yang besar ialah Abu Sayyaf, Jemaah Islamiyah dan Al Qaeda.

"Kami dapati wujud idea yang berbeza di kalangan kumpulan itu dalam usaha hendak menubuhkan cawangan rasmi IS atau kumpulan mana yang harus menubuhkannya," kata beliau pada sidang akhbar di sini Selasa.

Beliau berkata Thailand sentiasa bertukar-tukar maklumat risikan mengenai kumpulan teroris dengan negara-negara jiran.

Mengenai kumpulan pemisah yang beroperasi di wilayah-wilayah di sempadan Thailand selatan, beliau berkata tidak terdapat tanda-tanda mereka cuba mengadakan hubungan dengan kumpulan itu.

Pemberontak di sempadan di Thailand selatan tidak menganut kepercayaan yang sama seperti IS, oleh itu mereka mempunyai matlamat yang berbeza, kata beliau. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: IS , Thailand , NSC

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan