Polis Perancis Serbu, Lakukan Penggeledahan Besar-Besaran Buru Suspek

Diterbitkan: Selasa, 17 November 2015 9:30 AM

-fotoAFP

(Ubah saiz teks)

PARIS: Polis Perancis membuat 23 tangkapan, merampas senapang serta dadah dalam operasi menggeledah suspek militan Islam yang diadakan semalaman di seluruh negara berikutan serangan pada Jumaat.

Menteri Dalam Negeri, Bernard Cazeneuve berkata 168 rumah di bandar-bandar utama di Perancis dan di tempat lain telah diserbu, dan 104 orang telah diletakkan di bawah tahanan dalam tempoh 48 jam lepas.

Polis merampas 31 senjata api dan juga cakera keras komputer serta telefon, dan turut menemui ubat-ubatan haram dari 18 lokasi serbuan, kata Cazeneuve kepada wartawan.

Seorang suspek militan Islam yang disyaki menguruskan dadah dan senjata api telah ditemui dengan penemuan senapang serangan Kalashnikov, pistol automatik dan jaket kalis peluru.

Dalam satu serbuan di rumah ibu bapa suspek, polis menemui seragam tentera dan pelancar roket di samping lebih banyak jaket kalis peluru dan pistol automatik.

"Kita tahu bahawa lebih banyak serangan sedang dirancang, bukan sahaja menentang Perancis tetapi juga terhadap negara-negara Eropah yang lain," kata Perdana Menteri Manuel Valls di radio RTL.

Cazeneuve berkata polis sedang menggiatkan usaha dalam siasatan mereka ke atas serangan dan pengeboman berani mati di Paris yang menyebabkan 129 orang terbunuh.

"Kami menggunakan rangka kerja undang-undang darurat untuk menyoal orang-orang yang menjadi sebahagian daripada gerakan jihad radikal," kata Valls.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan