Ekstremis Belgium Suspek Dalang Serangan Di Paris

Diterbitkan: Selasa, 17 November 2015 1:25 PM

Gambar yang dikatakan anggota militan dari Belgium Abdelhamid Abaaoud yang diambil dari Majalah ISIS isu Februari 2015. -fotoAFP.

(Ubah saiz teks)

PARIS: Ekstremis Belgium di Syria yang bercakap dalam video mengenai rancangan serangan di Eropah dan telah mengelak daripada ditahan polis di negara asalnya disiasat sebagai kemungkinan dalang di sebalik serangan di Paris, menurut sumber, Selasa.

Abdelhamid Abaaoud, 28, yang berasal dari Belgium dan berketurunan Morocco telah berjuang bersama-sama kumpulan Negara Islam (IS) di Syria dan menjadi buruan sejak polis menyerbu sel pelampau di Verviers, di timur Belgium pada Januari.

Penyiasat kini sedang melihat kaitannya dengan serangan keganasan yang paling teruk dalam sejarah Perancis, malam Jumaat lalu yang membawa kepada kematian 132 orang dan didakwa dilakukan oleh ISIS.

"Ia adalah satu hipotesis yang serius," kata sumber Perancis yang rapat dengan penyiasatan itu, sambil menambah Abaaoud masih tinggal di Syria, kawasan luas yang dikawal ISIS.

Abaaoud, yang tidak hadir ketika dijatuhkan hukuman 20 tahun penjara oleh mahkamah Belgium pada Julai dikatakan berhubung dengan sekurang-kurangnya seorang daripada Abdeslam bersaudara.

Brahim Abdeslam adalah salah seorang penyerang berani mati di Paris, dan adiknya Salah sedang diburu oleh polis.

"Abaaoud dan Salah Abdeslam mengenali antara satu sama lain dan terlibat dalam jenayah kecil yang sama," kata sumber itu.

"Elemen ini dan kefanatikan Abaaoud di Syria membolehkan kita mengaitkan dirinya dengan serangan," kata sumber itu, namun memberi amaran masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan.

Terdahulu pada Isnin, akhbar bahasa Flemish di Belgium, De Standaard menulis perkaitan antara pengebom Brahim Abdeslam, dengan Abaaoud.
Tags / Kata Kunci: serangan Paris , IS , Abdelhamid Abaaoud

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan