Bom Dibawa Penumpang Punca Pesawat Terhempas - FSB

Diterbitkan: Selasa, 17 November 2015 7:53 PM

(Ubah saiz teks)

MOSCOW:  Rusia mengesahkan insiden pesawat penumpang Metrojet yang terhempas di Semenanjung Sinai, Mesir pada 31 Oktober lalu, berpunca akibat letupan bom yang dipercayai dibawa masuk oleh penumpang.

Ketua perkhidmatan risikan Rusia, FSB, Alexander Bortnikov berkata, perkara tersebut disahkan susulan penemuan kesan bahan letupan pada serpihan pesawat terbabit.

“Tragedi itu berlaku akibat perbuatan pengganas,” katanya dalam mesyuarat yang dipengerusikan Presiden Vladimir Putin yang transkripnya dipaparkan di laman web kerajaan Rusia.

Dalam insiden itu, seramai 224 penumpang dan anak kapal terbunuh selepas pesawat Airbus A321 terhempas ketika dalam perjalanan dari pusat peranginan popular Mesir, Sharm el-Sheikh ke St Petersburg di Rusia.

Malah FSB turut menawarkan ganjaran AS$50 juta (RM218.5 juta) kepada sesiapa yang dapat memberi maklumat mengenai 'pengganas' yang menyebabkan pesawat komersial tersebut terhempas.

FSB juga merayu bantuan untuk mengenal pasti pengganas yang meletupkan bom dalam pesawat penumpang itu.

"Akan ada ganjaran sebanyak $50 juta kepada mereka yang memberi maklumat bagi membantu menangkap penjenayah," kata agensi itu.


Tags / Kata Kunci: FSB , bom , letupan , pesawat Airbus A321

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan