Serangan Paris: Mangsa Warga Asing Dikenal Pasti

Diterbitkan: Ahad, 15 November 2015 10:20 AM

Mayat bergelimpangan di sekitar kawasan restoran La Belle Equipe di Paris yang diserang pengganas, Jumaat.

(Ubah saiz teks)

PARIS: Beberapa warga asing dikenal pasti sebagai mangsa kejadian serangan pengganas pada Jumaat di sini, di mana sekurang-kurangnya 129 maut, manakala lebih 300 cedera.

Berikut adalah antara rakyat asing yang disenaraikan sebagai mangsa serangan itu.

ALGERIA: Wanita berusia 40 tahun dan lelaki berusia 29 tahun terbunuh demikian menurut sumber diplomatik kepada agensi berita APS.

BELGIUM: Sekurang-kurangnya tiga terbunuh menurut pihak Kementerian Luar Belgium.

BRITAIN: Seorang terbunuh kata pejabat Kementerian Luar dan mungkin juga lebih ramai lagi terkorban.

CHILE: Seorang wanita dan lelaki termasuk anak saudara perempuan Duta Chile ke Mexico terkorban.

MAGHRIBI: Seorang terbunuh, manakala beberapa yang lain cedera, menurut kedutaannya di Perancis.

PORTUGAL: Dua warga negaranya dilaporkan maut. Seorang berusia 63 tahun yang menetap di Paris dan bekerja sebagai kakitangan sektor pengangkutan awam terbunuh berhampiran stadium Stade de France, manakala mangsa kedua terbunuh di dewan konsert Bataclan.

ROMANIA: Dua terkorban menurut Kementerian Luar di Bucharest.

SEPANYOL: Alberto Gonzalez Garrido yang berusia 29 tahun terkorban ketika menyaksikan konsert rock di Bataclan, kata pihak berkuasa negara itu.

SWEDEN: Seorang warganya tercedera terkena tembakan, manakala beberapa lagi maut demikian kata Kementerian Luarnya yang masih mengumpul maklumat berhubung kejadian itu.

TUNISIA: Dua bersaudara yang menetap di Creusot maut ketika menghadiri majlis hari lahir rakan mereka di Paris.

AMERIKA SYARIKAT: Seorang penuntut dari California terbunuh dalam serangan itu, kata pihak universiti.

BRAZIL: Dua rakyatnya cedera dalam serangan itu, kata Presidennya, Dilma Rousseff. --AFP

Tags / Kata Kunci: Paris , Belgium , Algeria , Stade de France

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan