AS Perketat Kawalan Keselamatan

Diterbitkan: Ahad, 15 November 2015 12:00 PM

Anggota polis berkumpul untuk mendengar taklimat sebelum memulakan tugas rondaan di subway Times Square, New York.

(Ubah saiz teks)

NEW YORK: Kawalan keselamatan diperketatkan di sekitar bandar raya ini, Boston dan lokasi lain di Amerika Syarikat (AS)  susulan serangan bersenjata dan bom di Paris.

Jabatan Polis New York (NYPD) berkata, anggota-anggota Pasukan Tindakan Antikeganasan dan beberapa unit khas lain telah dike­rahkan ke kawasan yang sering dikunjungi pelancong selain konsulat Perancis di Manhattan.

“Pasukan itu dikerahkan ke kawasan yang sesak di sekitar bandar raya ini sebagai langkah berjaga-jaga dan bagi meningkatkan keyakinan orang ramai,” kata NYPD dalam satu kenyataan.

Selepas serangan 11 September 2001 yang menyaksikan beberapa pesawat merempuh dan memusnahkan bangunan pencakar langit, Pusat Dagangan Dunia dalam tragedi yang meragut hampir 3,000 nyawa, bandar raya New York masih menjadi sasaran utama kumpulan militan Islam.

“Setiap kali kita melihat serangan seperti ini, ia menjadi peringatan untuk kita supaya bersedia dan berwaspada,” kata Datuk Bandar New York, Bill de Blasio kepada saluran televisyen ABC 7.

Selain New York, agensi penguatkuasaan undang-undang dan pe­ngangkutan di bandar raya-bandar raya utama turut berada dalam keadaan berjaga-jaga.

Sementara itu, di ibu negara AS, Washington, polis meningkatkan rondaan di sekitar bangunan kerajaan, Kompleks Capitol, kata seorang jurucakap pihak berkuasa.

“Setakat ini, tiada ancaman yang kami ketahui ke atas Kompleks Capitol,” katanya. – Reuters






Tags / Kata Kunci: AS , Boston , NYPD , Paris

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan