AS Dakwa Berjaya Bunuh Jihadi John

Diterbitkan: Sabtu, 14 November 2015 2:10 PM

Kenderaan yang dinaiki John sebelum diletupkan tentera AS di Raqqa.

(Ubah saiz teks)

PASUKAN Risikan tentera Amerika Syarikat (AS) mendakwa berjaya membunuh pemimpin kumpulan militan Negara Islam (IS) paling dikehendaki iaitu Jihadi John selepas mengekorinya sejak enam bulan lalu.

Jihadi John atau Mohammed Emwazi yang terkenal dengan penyembelihan tawanan IS dibunuh menerusi serangan bom menggunakan Drone pada Khamis malam di Raqqa, Syria.

Drone tersebut dilapor dikawal dari Nevada, AS sebelum pihak tentera melepaskan ke arah kereta yang dinaiki John di tengah bandar Raqqa.

Agen risikan AS dikatakan telah bekerjasama dengan pasukan risikan dari United Kingdom (UK) sejak enam bulan lalu untuk menjejaki suspek.

Sebaik sahaja sasaran dikenalpasti memasuki kereta, tentera melepaskan bom dari Drone untuk meletupkan kenderaan tersebut sekaligus membunuh John.

Bom itu dilancarkan pada ketinggian 1,500 meter di udara pada pukul 11.40 pagi waktu Syria.



Tags / Kata Kunci: Jihadi John , IS

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan