Tujuh Kanak-Kanak Antara 18 Pelarian Maut Nahas Bot Karam

Diterbitkan: Khamis, 12 November 2015 11:55 AM

(Ubah saiz teks)

ANKARA: Sekurang-kurangnya 18 pelarian mati lemas termasuk tujuh kanak-kanak selepas bot yang dinaiki karam dalam perjalanan ke Kepulauan Lesbos di Greek.

Dalam kejadian sama di perairan Aegean itu, 27 yang lain terselamat.

Menurut agensi berita Dogan, bot kayu itu tenggelam sejauh lapan kilometer dari Kepulauan Lesbos di persisir pantai Turki.

Sebaik mendapat berita kejadian itu, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan berkata: "Apakah tragedi seperti yang menimpa Aylan akan berulang."

Beliau merujuk tragedi yang menimpa Aylan Kurdi, kanak-kanak pelarian berusia tiga tahun yang mati lemas dan mayatnya ditemui terdampar di pantai pada September lalu.

Ribuan pelarian dalam perjalanan dari Turki ke Eropah melarikan diri dari konflik negara yang sedang melanda Timur Tengah, manakala pelarian yang lain dari Afrika.

Pemimpin Afrika dan Eropah akan mengadakan persidangan pada Rabu di Malta bagi membincangkan isu pelarian ini dan Kesatuan Eropah (EU) mengharapkan bantuan kewangan yang diberikan dapat bantu pelarian bagi mengelakkan mereka keluar dan kekal berada di negara masing-masing.

Persidangan EU membincangkan mengenai masalah pelarian ini dianggap sebagai isu global yang perlu diberikan perhatian, kata pegawai EU pada Selasa. -Reuters


Tags / Kata Kunci: Lesbos , Greek , Recep Tayyip Erdogan

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan