Palestin Ulangi Dakwaan Israel Bunuh Yasser Arafat

Diterbitkan: Khamis, 12 November 2015 11:12 AM

Kanak-kanak Palestin bersama mural Yasser Arafat pada ulang tahun ke-11 kematiannya.

(Ubah saiz teks)

RAMALLAH: Siasatan kematian Yasser Arafat tetap dengan pendirian menuduh Israel membunuh pemimpin Palestin itu di sebuah hospital di Paris.

Kenyataan Tawfiq Tirawi yang juga ketua jawatankuasa Palestin yang menyiasat kematian pemimpin Palestin itu dibuat pada ulang tahun ke-11 kematiannya.

Ia juga susulan tindakan panel hakim Perancis menutup siasatan berhubung dakwaan pemimpin itu dibunuh tanpa membuat sebarang pendakwaan, dua bulan lalu.

“Jawatankuasa Ikuiri telah dapat mengenal pasti pembunuh bekas presiden Yasser Arafat di mana Israel bertanggunjawab membunuhnya,” katanya yang mengetuai jawatankuasa yang ditubuhkan pada 2009 tanpa mengulas lanjut.

Arafat meninggal dunia di Hospital Tentera Percy dekat Paris ketika berusia 75 tahun pada November 2004 selepas mengadu sakit perut semasa berada di ibu pejabatnya di bandar Ramallah, Tebing Barat.

Balunya, Suha membuat aduan kepada sebuah mahkamah di Perancis pada 2012 dengan mendakwa suaminya dibunuh sekali gus mendorong pihak berkuasa memulakan siasatan.

Pada tahun sama, kubur Yasser di Ramallah digali semula selama beberapa jam untuk membolehkan pasukan penyiasat Perancis, Switzerland dan Rusia mengambil 60 sampel.

Ramai rakyat Palestin percaya bahawa Israel meracun Yasser dan jawatankuasa sama pernah menuduh Rejim Zionis membunuhnya sebelum ini tetapi dinafikan oleh Israel. – AFP



Tags / Kata Kunci: Yasser Arafat , Ramallah , Israel

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan