Jeneral Thai, 88 Suspek Didakwa Pemerdagangan Manusia

Diterbitkan: Rabu, 11 November 2015 9:52 AM

Manas Kongpan dihadapkan ke mahkamah bersama 88 suspek lain kerana kegiatan pemerdagangan manusia.

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Jeneral kanan Thailand yang ditahan bersama berpuluh-puluh individu lain dalam operasi memerangi jenayah pemerdagangan manusia di Thailand dihadapkan ke Mahkamah Jenayah di sini, Selasa.

Lt Jen Manas Kongpan serta 88 yang lain dibawa ke mahkamah dengan kawalan ketat pihak keselamatan.

Pada prosiding di mahkamah itu, panel tujuh hakim membacakan pertuduhan terhadap 88 suspek yang menyeludup manusia dengan sebahagian mereka bertutur dalam dialek Rohingya dan Melayu selain bahasa Thai.

Menurut pihak mahkamah, keseluruhannya ada 500 saksi kes dan ia dijangka melibatkan proses perbicaraan yang boleh berlarutan sehingga dua tahun.

Mereka dihadapkan ke mahkamah beberapa hari selepas seorang pegawai polis yang mengetuai siasatan jenayah tersebut, Mejar Jeneral Paween Pongsirin meletakkan jawatan kerana bimbang keselamatan dirinya tergugat selepas diarah bertukar ke Selatan Thai.

Thailand menjadi antara hab utama pemerdagangan manusia dan penyeludupan imigran sejak sekian lama dengan beberapa kumpulan hak asasi manusia mendakwa pegawai kerajaan seolah-olah tidak bertindak tegas terhadap jenayah tersebut.

Imigran yang kebanyakannya etnik Rohingya dan warga Bangladesh menjadi tahanan paksa di kem-kem atau di atas bot sehingga keluarga membayar sejumlah wang tebusan.

Bagaimanapun, junta tentera negara itu melancarkan operasi khas pada Mei lalu yang membawa kepada penemuan kem-kem maut di sempadan Thailand-Malaysia dan puluhan penduduk termasuk wanita ditangkap.




iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan