Anak Jutawan Keluli Ditemui Mati

Diterbitkan: Isnin, 9 November 2015 10:31 AM

(Ubah saiz teks)

ANAK jutawan keluli di Britain ditemui mati selepas dipercayai jatuh dari penthouse yang terletak di tingkat lapan bangunan kediaman lelaki itu di London.

Mangsa, Angad Paul merupakan anak kepada Lord Paul iaitu pemilik syarikat keluli Caparo yang kini sedang dilanda krisis.

Angad dilapor terjatuh di atas bumbung tingkat satu sebelum ke lantai dan mengejutkan orang ramai yang berada berhampiran bangunan berkenaan.

Pasukan perubatan yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan mangsa berusia 45 tahun itu telah meninggal dunia.

Siasatan awal polis tidak mengesan sebarang unsur jenayah terhadap kematian mangsa.

Keluarga mangsa merupakan individu ke-47 terkaya di Britain dengan memiliki kekayaan sebanyak £2.2 bilion.


Tags / Kata Kunci: Britain , Keluli

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan