MH17: Keluarga Rancang Bina Memorial Untuk Mangsa

Diterbitkan: Ahad, 8 November 2015 1:05 PM

(Ubah saiz teks)

HAGUE: Keluarga mangsa nahas pesawat  syarikat Penerbangan Malayusia (MAS) MH17 yang ditembak jatuh mula mengundi untuk membina memorial negara di Netherlands.

Tiga cadangan dikemukakan pada Sabtu untuk membina monumen bagi memperingati 298 mangsa tragedi pesawat  yang kebanyakannya warganegara Belanda.

Pasukan penyiasat Belanda membuat kesimpulan bahawa pesawat Malaysia Airlines ditembak jatuh oleh peluru berpandu BUK buatan Rusia di wilayah bergolak di timur negara Ukraine pada bulan lalu.

Kesemua mangsa terbunuh selepas pesawat Boeing 777 diletupkan yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

"Yayasan Bencana Penerbangan MH17 mempertimbangkan ia penting untuk memilih lokasi monumen yang disokong oleh keluarga mangsa," kata wakil yayasan itu dalam satu kenyataan.

Tiga cadangan oleh keluarga mangsa dikemukakan iaitu di The Hague, taman berdekatan lapangan terbang Schipol yang membawa mangsa keluar dari pesawat dan Eindhoven tempat mangsa dibawa pulang ke Netherlands.

Menurut kenyataan yayasan itu, cadangan ketiga ialah untuk tanam pokok mengikut jumlah mangsa nahas di taman berdekatan dengan lapangan terbang Schipol.

Pereka memorial hutan hidup di taman Schipol-Vijfhuizen berkata dalam laman sesawang mereka, " Kami ingin bina tempat yang boleh mengimbau kenangan, tempat memperingati untuk mangsa dan dikenang oleh keluarga mereka.

"Jadi idea untuk membina monumen hutan hidup ini muncul.

"Pokok melambangkan simbol harapan dan masa depan dalam kebanyakan budaya," katanya.

Pelan hutan hidup ini boleh dilihat di laman sesawang treesformh17.org.

Ditanam dalam bentuk reben, hutan itu akan dikelilingi dengan bunga matahari yang bebunga pada bulan Julai dan akan memancarkan cahaya keemasan.

Keluarga mangsa diberi tempoh sehingga 15 November ini untuk mengundi tugu peringatan mengikut pilihan mereka.

Diharapkan keputusan akan dikemukakan pada Disember dan kerja pembinaan akan mula dengan segera. -AFP

Tags / Kata Kunci: MH17 , MAS

iklan

Video

Khamis, 27 Julai 2017 3:00 PM

Aksi Separuh Bogel Tu Kisah Lamalah!

Khamis, 27 Julai 2017 12:30 PM

Mal Imran Artis Bermusim?

Khamis, 27 Julai 2017 9:00 AM

Panas! Hisyam Hamid & Aaron Aziz Bergaduh?

Rabu, 26 Julai 2017 3:46 PM

Saya Bukan Artis Murahan! - Elvina

Selasa, 25 Julai 2017 3:00 PM

Aaron Abdul Iras Sudirman?

Selasa, 25 Julai 2017 12:00 PM

Eyka Farhana Diusik Minta Nombor Telefon

Selasa, 25 Julai 2017 9:00 AM

Tauke Jambu Tak Sabar Naik Pelamin

Kolumnis

iklan

Iklan