Empat Letupan Bom Di Pattani Awal Pagi Sabtu

Diterbitkan: Sabtu, 7 November 2015 4:04 PM

Motosikal yang musnah dalam kejadian letupan bom di daerah Muang, awal pagi Sabtu.

(Ubah saiz teks)

PATTANI: Pihak berkuasa tempatan meningkatkan kawalan keselamatan di sekitar wilayah selatan Thailand susulan empat kejadian letupan pada awal pagi Sabtu.

Setakat ini, kejadian itu menyebabkan seorang tercedera.

Sebuah motosikal meletup di daerah Muang selepas tengah malam. Bom diletakkan pada tangki minyak motosikal itu dan dikawal menggunakan telefon bimbit.

Pihak berkuasa keselamatan menemui batang logam, telefon bimbit, radio, bateri kecil di tempat kejadian.

Motosikal itu musnah dan kini siasatan sedang dijalankan bagi mengesan pemiliknya.

Terdahulu, tiga letupan kecil turut berlaku kira-kira lima meter dari lokasi kejadian itu.

Letupan itu melibatkan bom yang diletakkan pada tiang elektrik di depan dan bertentangan kedai cenderahati.

Pihak berwajib percaya bom yang lebih kecil itu diletupkan dahulu bagi mengalih tumpuan pasukan polis kerana letupan motosikal itu mengakibatkan kerosakan yang lebih maksimum.

Bagaimanapun, pihak berkuasa sememangnya bersiap sedia untuk mengendalikan situasi sedemikian.

Susulan kejadian itu, kenderaan yang menggunakan laluan utama di daerah itu diperiksa bagi mengelak kejadian sama berulang.

Tags / Kata Kunci: Pattani , bom

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan