Lapangan Terbang Kalimantan Beroperasi Semula

Diterbitkan: Jumaat, 6 November 2015 8:30 PM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Lapangan Terbang Beringin di Muara Teweh di wilayah Kalimantan Tengah mula beroperasi hari ini setelah wilayah itu kembali normal dan tidak lagi diselimuti jerebu.

Lapangan terbang yang ditutup lebih dua bulan akibat jerebu yang tebal itu mempunyai perkhidmatan penerbangan tempatan.

Menurut agensi berita rasmi Indonesia, Antara pesawat Susi Air dari Palangka Raya iaitu ibu kota Kalimantan Tengah ke Muara Teweh adalah penerbangan pertama yang mendarat di lapangan terbang itu.

Bagaimanapun pesawat Susi Air yang tiba 8.45 pagi itu tidak mempunyai penumpang manakala penerbangan dari Muara Teweh ke Palangka Raya hanya dinaiki oleh seorang wanita bersama bayinya.

Seorang petugas di lapangan terbang itu Akhmad Sidik dipetik sebagai berkata, kekurangan penumpang adalah disebabkan ramai yang belum tahu perkhidmatan udara di Kalimantan Tengah telah beroperasi hari ini.

Susi Air menyediakan perkhidmatan penerbangan rute Muara Teweh-Palangka Raya tiga kali seminggu dan mulai hari ini jadual penerbangannya ialah pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Palangka Raya antara daerah yang paling teruk dilanda jerebu hampir tiga bulan dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah lebih 2,000.

Menurut laman web Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) bacaan IPU wilayah-wilayah yang sebelum ini dilanda jerebu termasuk Palangka Raya setakat petang ini mencatatkan bacaan bawah 150.

Tags / Kata Kunci: Kalimantan

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan