Wanita Separuh Kabinet Kanada

Diterbitkan: Jumaat, 6 November 2015 10:43 AM

Justin Trudeau bersama isteri, Sophie Grégoire tiba bersama barisan Kabinet pada majlis angkat sumpah sebagai Perdana Menteri di Ottawa, kelmarin.

(Ubah saiz teks)

OTTAWA: Wanita dipilih mengisi separuh daripada 30 keanggotaan Kabinet yang diumumkan Justin Trudeau sebaik mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Kanada Ke-23.

Antara wanita yang tersenarai adalah, Carolyn Bennett (Hal Ehwal Peribumi), Marie-Claude Bibeau (Pembangunan Antarabangsa), Bardish Chagger (Pelancongan dan Perniagaan Kecil), Kirsty Duncan (Sains), Judy Foote (Pemerolehan dan Perkhidmatan Awam), Chrystia Freeland (Perdagangan Antarabangsa), Patty Hajdu (Hal Ehwal Wanita), Melanie Joly (Warisan), Maryam Monsef (Institusi Demokratik) dan Catherine Mckenna (Alam Sekitar dan Perubahan Cuaca).

Selain itu, barisan jemaah menteri yang dipilih juga berusia antara 35 dan 50 tahun iaitu gabungan muka baharu dan ahli politik berpengalaman.

Al-Jazeera melaporkan antara yang menyertai Kabinet negara itu adalah muka baru yang juga bekas tentera Kanada yang pernah berkhidmat di Afghanistan, Harjit Sajjan yang dinamakan sebagai Menteri Pertahanan.

Sebagai Leftenan Kolonel, pegawai berbangsa Sikh ini dijangka membawa perubahan kepada penglibatan tentera Kanada dalam serangan ke atas pengganas Negara Islam (IS) di Syria dan Iraq.

Selain itu, ahli perniagaan terkemuka dari Toronto, Bill Morneu dilantik sebagai Menteri Kewangan dan Menteri Kehakiman disandang Jody Wilson-Rayboud.

Pemimpin Parti Liberal anak perdana menteri yang pertama memegang jawatan tertinggi itu di Kanada dan kedua termuda dalam sejarah negara berkenaan.

Trudeau, 43, mendapat perhatian seluruh dunia kerana mengamalkan pendekatan politik mesra rakyat, selain penampilannya yang kacak.

"Rakyat Kanada dari seluruh pelusuk negara ini mengirim mesej bahawa sudah tiba masanya untuk melakukan perubahan dan saya menghargai sokongan dan kepercayaan mereka terhadap saya dan pasukan yang dipilih," katanya.

Parlimen Kanada yang dijangka bersidang pada Disember akan turut membariskan 10 pemimpin beragama Islam negara itu.

Tags / Kata Kunci: Justin Trudeau , Kanada , Kabinet

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan