Redah Kawasan Taliban Bagi Selamatkan Mangsa Gempa Bumi - Berita Dunia | mStar

Redah Kawasan Taliban Bagi Selamatkan Mangsa Gempa Bumi

Diterbitkan: Rabu, 28 Oktober 2015 11:02 AM

(Ubah saiz teks)

ISLAMABAD: Laluan ke kawasan pergunungan dan masalah komunikasi menyebabkan pasukan penyelamat tiada pilihan tetapi melalui zon pengawasan militan Taliban untuk menyelamatkan mangsa gempa bumi Pakistan dan Afghanistan.

Setakat ini, bencana berukuran 7.5 pada skala Richter itu mengorbankan kira-kira 345 nyawa.

Pihak berkuasa juga menjangka jumlah kematian meningkat selepas pasukan penyelamat tiba di kawasan pedalaman yang terputus hubungan akibat gempa bumi kuat itu.

Bencana itu turut mengakibatkan tanah runtuh dan tragedi rempuhan di sebuah sekolah di Afghanistan termasuk 12 pelajar terbunuh.

AFP melaporkan, pihak berkuasa negara terlibat tidak dapat berhubung dengan agensi di daerah Kohistan, dalam wilayah Khyber Pakhtunkhwa, untuk meninjau situasi penduduk sekitarnya yang dikhuatiri terjejas.

“Tiada cara untuk berkomunikasi dengan pihak berkuasa di Kohistan berikutan sistem komunikasi terganggu manakala jalan raya pula tersekat. Kami tidak dapat mengulas mengenai keadaan di sana,” katanya.

Di satu lagi kawasan pedalaman, penduduk tempatan termasuk kanak-kanak dan warga emas membantu kerja-kerja menyelamat, termasuk menggali runtuhan dengan tangan bagi mencari mangsa yang masih terselamat.

Helikopter tentera Pakistan mula memindahkan mangsa-mangsa gempa bumi ke ibu kota wilayah Peshawar dan Rawalpindi yang bersempadan dengan Islamabad.

Pihak tentera juga menghantar pasukan perubatan, khemah dan bekalan makanan ke kawasan terjejas sementara kerajaan India yang mempunyai hubungan dingin dengan Islamabad turut menyatakan kesediaannya untuk membantu. 




Tags / Kata Kunci: Taliban , Pakistan , gempa bumi

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan