Penjenayah Paling Dikehendaki India Ditahan Di Indonesia

Diterbitkan: Selasa, 27 Oktober 2015 8:48 AM

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Salah seorang penjenayah paling dikehendaki di India, Chhota Rajan, ditahan di Pulau Perangingan Bali, Indonesia oleh polis tempatan berikutan maklumat daripada Biro Penyiasatan Pusat (CBI).

CBI mengesahkan penahanan terhadap lelaki berusia 55 tahun itu yang terlibat dengan siri pembunuhan dan pengeboman pada 1993 di bandar Mumbai, sejurus beliau tiba pagi ini dari Sydney.

Pengarah biro berkenaan berkata polis Indonesia menahan suspek berikutan  permohonan dari India melalui Interpol.

CBI dalam kenyataan rasminya berkata "Atas permohonan CBI (Interpol) India, polis Bali menahan seorang warga India, Mohan Kumar pada 25 Okt 2015.

Pengarah CBI itu berkata Mohan Kumar yang turut menggunakan nama sebagai  Rajendra Sadashiv Nikalje atau Chhota Rajan, adalah penjenayah dikehendaki dan CBI telah merujuk kes itu kepada pihak berkuasa Australia.

"Ini kerjasama yang baik dan rapat antara India, Australia dan Indonesia," kata pengarah CBI itu.

Beliau juga berkata CBI merakamkan penghargaan kepada polis Indonesia dan Australia atas tindakan segera mereka berikutan permohonan dari India itu.

Tindakan selanjutnya akan diambil seperti ditetapkan di bawah undang-undang, katanya.

Menurut polis Mumbai, Mohan dikehendaki kerana terlibat dalam sekurang-kurangnya 15 kes pembunuhan dan menjadi buruan sejak 1993.

Mohan sebelum ini pernah menjadi orang kepercayaan pemimpin kongsi gelap terkenal di Mumbai, Dawood Ibrahim, sebelum Dawood dibunuh oleh Mohan.

Menurut laporan risikan Interpol, Mohan dipercayai tinggal di Australia dengan menggunakan identiti lain.

Pihak berkuasa India akan mendapatkan bantuan polis Indonesia untuk mengekstradisi Mohan kembali ke India untuk membantu siasatan.

Tags / Kata Kunci: Chota Rajan , Bali , Indonesia , Australia , Interpol

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan