Angka Korban Gempa Bumi Pakistan Cecah 265 Orang

Diterbitkan: Selasa, 27 Oktober 2015 10:41 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya Tinggi Pakistan di Malaysia Syed Hasan Raza berkata jumlah mangsa yang terkorban dalam gempa bumi kuat yang melanda sebahagian kawasan di Pakistan pada Isnin, mencecah 265 orang.

"Kami menerima berita pagi ini 265 warga Pakistan terkorban setakat ini," katanya kepada pemberita sempena memperingati 'Kashmir Black Day' (Hari Hitam Kashmir) yang diadakan di Suruhanjaya Tinggi Pakistan di sini, Selasa.

Laporan menyatakan gempa bumi berukuran 7.5 pada skala Richter itu melanda kawasan pedalaman di Afghanistan dan Pakistan, dengan kebanyakan mangsa adalah warga Pakistan.

Pesuruhjaya Tinggi itu berkata kerajaan Pakistan menggerakkan pelbagai pasukan ke kawasan terjejas sebaik sahaja gempa bumi melanda dan menjelang petang pasukan penyelamat berjaya tiba di kebanyakan kawasan bencana.

Beliau berkata helikopter terpaksa digerakkan ke kawasan terjejas, yang tidak dapat diakses kerana cuaca sejuk telah bermula, dan menambah mereka yang terjejas serta-merta dibekalkan makanan dan khemah untuk tempat perlindungan.

"Kami berharap penilaian akhir yang akan dibuat dalam tempoh dua tiga hari lagi tidak seburuk gempa bumi yang berlaku di Nepal baru-baru ini dan seburuk gempa yang berlaku di Pakistan pada 2005 yang mengorbankan 75,000 orang," katanya.

Gempa bumi bermagnitud 7.8 di Nepal pada April lepas menyebabkan 8,000 orang kehilangan nyawa.

Syed Hasan juga berkata Pakistan masih belum meminta bantuan asing  "mudah-mudahan kami mampu menguruskannya kerana bilangan yang terlibat tidak ramai dan tidak sukar bagi kami untuk mengendalikannya.

"Sudah pasti kerajaan akan menguruskannya berdasarkan sumber yang ada," katanya dan menambah sebelum ini rakyat Pakistan juga turut bermurah hati menyumbang membantu mereka yang terjejas dalam bencana gempa bumi dan banjir.

Tags / Kata Kunci: gempa bumi , Pakistan

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan