Justo Tidak Dibenar Diikat Jamin

Diterbitkan: Isnin, 26 Oktober 2015 6:52 PM

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Warga Switzerland Xavier Andre Justo yang dijatuhi hukuman penjara tiga tahun atas kesalahan memeras ugut bekas majikannya, tidak dibenarkan diikat jamin sementara menunggu rayuannya terhadap hukuman penjara itu diputuskan.

Justo hadir di Mahkamah Jenayah Bangkok Selatan bagi pendengaran permohonannya itu dengan diiringi tujuh pegawai koreksional serta peguam belanya warga Thailand Worasit Piriyawiboon.

Beliau gagal dalam permohonan untuk diikat jamin berikutan pihak mahkamah bimbang beliau akan menggunakan peluang itu melarikan diri dari Thailand.

Worasit memberitahu Bernama yang beliau akan mengemukakan permohonan baharu ikat jamin untuk anak guamnya itu pada minggu depan.

Permohonan ikat jamin itu yang menawarkan jaminan satu juta baht dikemukakan pada 14 Okt berserta rayuan terhadap hukuman penjara tiga tahun terhadap Justo  yang diputuskan pada 17 Ogos.

Kes Justo menjadi perhatian di Malaysia kerana beliau telah mencuri 90 gigabytes data daripada PetroSaudi International dan memberikan salinannya kepada editor dan pengasas portal berita Sarawak Report, Claire Rewcastle Brown serta pemilik Edge Media Group Tong Kooi Ong.

Polis Malaysia turut berminat untuk menemu bual Justo mengenai hubungannya dengan mereka kerana data itu turut mengandungi urusan perniagaan antara PetroSaudi International dan 1Malaysia Development Berhad, dan wujud dakwaan bahawa data itu telah diubah suai.

Justo menafikan telah mengubah suai data itu dan menyatakan sebarang pengubahsuaian dilakukan oleh pihak lain.

1Malaysia Development Berhad menjadi tumpuan di Malaysia berhubung urus niaganya.


Tags / Kata Kunci: Mahkamah , Justo

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan