12 Maut Dalam Kebakaran Pusat Karaoke Milik Ratu Dangdut Indonesia Inul

Diterbitkan: Ahad, 25 Oktober 2015 7:48 PM

Pusat karaoke Inul Vizta Manadodi terbakar sehingga mengakibat 12 orang maut. Foto AFP

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Polis mengesahkan 12 orang terbunuh manakala 71 lagi cedera dalam kebakaran di pusat karaoke milik Ratu Dangdut Indonesia, Inul Daratista di Mega Megamas, Manado, Sulawesi Utara awal pagi Ahad.

Portal berita tempatan memetik Ketua Polis Daerah Manado, Rio Permana sebagai berkata dalam kejadian pukul 1 pagi itu, pusat karaoke yang diberi nama Inul Vizta Manadodi yang terletak di tingkat tiga sebuah kompleks sedang padat dengan pengunjung.

Kebanyakan pengunjung dilapor tidak menyedari kebakaran itu kerana mereka asyik berhibur dan hanya melarikan diri setelah ternampak api mula marak.

Bagaimanapun ramai yang terperangkap kerana hanya ada satu sahaja pintu keluar dan menyebabkan ramai yang menyelamatkan diri dengan terjun dari tingkat dua dan tiga.

Kesemua mangsa yang meninggal dan cedera dibawa ke Hospital Kandou Malalayang, Manado.

Kebakaran yang dipercayai akibat litar pintas itu dapat dikawal sepenuhnya pada kira-kira pukul 3.30 pagi.

Sementara itu Inul yang popular dengan tarian gelek 'gerudi Inul' dipetik dalam laman Instagramnya sebagai berkata kejadian itu memberi peringatan kepadanya untuk mengambil langkah lebih baik pada masa akan datang. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Inul Daratista , Inul Vizta Manadodi

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Isnin, 14 Ogos 2017 12:30 PM

“Mira Filzah Lemah Lembut” - Zizan Razak

Kolumnis

iklan

Iklan