Budak 18 Bulan Terselamat Selepas Lebih Lapan Jam Terapung Di Laut

Diterbitkan: Ahad, 25 Oktober 2015 11:50 AM

Muhammed Hassan ketika diselamatkan Gurman selepas terapung lebih lapan jam.

(Ubah saiz teks)

TURKI: Tindakan nelayan Turki berpatah balik ke kawasan bot terbalik di Laut Aegean berbaloi apabila terlihat kelibat seorang kanak-kanak lelaki terapung-apung di situ.

Hanya bergantung kepada jaket keselamatan, budak lelaki berusia 18 tahun itu dipercayai telah lebih lapan jam berada di laut selepas bot yang dinaiki bersama 15 pelarian Syria lain terbalik dan tenggelam di pesisir pantai Kusadasi berdekatan Izmir di sini.

"Bayi itu mungkin sudah terlalu lama terapung di laut, sebaik menemuinya saya menarik bayi itu dan dapati ia budak lelaki dan mengalami hipotermia," kata nelayan berkenaan, Cenal Gurman.

Gurman bertindak pantas dengan menggantung bayi yang dikenali sebagai Muhammed Hassan itu terbalik iaitu kaki di atas dan kepala bawah untuk mengeluarkan air pada paru-paru dan perutnya.

Nelayan berusia 48 tahun itu kemudiannya membaluti tubuh bayi itu dengan selimut sebelum menyerahkannya kepada Pengawal Pantai Turki yang tiba untuk menyelamatkan pelarian berkenaan.

Muhammed kemudiannya dikejarkan ke hospital sebelum dibenarkan pulang beberapa jam kemudian.

"Saya gembira dapat menyelamatkan 16 nyawa dan harap kejadian seumpama ini tidak berulang," katanya.

Media Turki juga merakamkan saat di mana Muhammed disatukan dengan keluarganya, termasuk ibu, Lorin Halef.

Menurut Halef, 23, mereka berasal dari Kobane, Syria dan merancang untuk kembali ke negara asal.

Bot dinaiki Hasan bersama pelarian lain yang menuju ke Greece dilaporkan terbalik Rabu lalu.

Lokasi Hasan diselamatkan itu tidak jauh dari pantai di mana jasad si kecil, Aylan Kurdi, 3 ditemui bulan lalu.

Aylan dan abangnya, Galip Kurdi, 5 adalah antara pelarian yang mati lemas selepas bot mereka karam dan ditemui hanyut di pantai Bodrum, Turki.





 

Tags / Kata Kunci: Muhammed Hassan , Laut Aegean , Kusadasi

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan