Naib Presiden Maldives Ditahan Kes Letupan Atas Bot Presiden

Diterbitkan: Sabtu, 24 Oktober 2015 5:01 PM

Mangsa yang cedera dalam insiden letupan bot yang dinaiki Presiden Maldives, Abdulla Yameen, dibawa keluar untuk mendapatkan rawatan.

(Ubah saiz teks)

MALE (Maldives): Naib Presiden Maldives, Ahmed Adheeb ditahan pada Sabtu berhubung siasatan terhadap insiden letupan di atas bot yang dinaiki presiden, Abdulla Yameen.

Adheeb ditahan kerana didakwa mempunyai kaitan dalam insiden yang menjurus kepada cubaan untuk membunuh Presiden Maldives.

Yameen bagaimanapun terselamat tanpa mengalami kecederaan dalam insiden letupan di atas bot presiden, Finifenmaa pada 28 September lalu.

"Kita telah menahan naib presiden berhubung insiden Finifenmaa," kata pegawai polis kepada Reuters.

"Beliau kini dalam jagaan polis di pusat tahanan Dhoonidhoo." 

Kejadian berlaku ketika Yameen tiba di Maldives selepas pulang dari Arab Saudi.

Terdahulu, Menteri Pertahanan, Moosa Ali Jaleel dipecat kerana kelalaiannya dalam aspek keselamatan menjurus kepada cubaan membunuh presiden negara itu.

Pihak berkuasa Maldives mengesahkan sudah menahan dua anggota keselamatan yang mempunyai akses kepada bot Yameen tetapi belum mendedahkan punca letupan. - Reuters

Tags / Kata Kunci: Ahmed Adheeb , Abdulla Yameen

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan