Microsoft Kurangkan 1,000 Pekerja

Diterbitkan: Jumaat, 23 Oktober 2015 12:06 PM

(Ubah saiz teks)

MICROSOFT Corp mengurangkan kira-kira 1,000 pekerja dalam fasa baharu pemberhentian kerja, kata CNBC menerusi Twitter pada Khamis.

CNBC berkata, pengurangan baharu itu merupakan tambahan kepada yang telah diumumkan sebelum ini.

Bagaimanapun, Microsoft tidak dapat dihubungi untuk mengulas perkara tersebut.

Syarikat itu berkata, ia akan mengurangkan 7,800 pekerjaan atau tujuh peratus daripada jumlah tenaga kerjanya dan penurunan nilai kira-kira AS$7.6 bilion (RM32.12 bilion) berkaitan dengan perniagaannya dalam telefon Nokia, pada Julai.

Tags / Kata Kunci: microsoft corp

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan