Remaja Islam Pembuat Jam Pindah ke Qatar

Diterbitkan: Rabu, 21 Oktober 2015 10:20 AM

Ahmed Mohamed

(Ubah saiz teks)

REMAJA Islam yang sebelum ini ditahan di sekolahnya kerana disalah sangka jam buatan sendirinya sebagai bom jangka, Ahmed Mohamed, memilih untuk menetap di Qatar.

Menurut laporan CNN, Ahmed, 14, menerima tawaran biasiswa pendidikan daripada Yayasan Pendidikan, Sains dan Pembangunan Alam Sekitar Qatar.

Menurut keluarganya, yayasan berkenaan menawarkan tempat untuk Ahmed dalam Program Pereka Muda, yang menyaksikan Ahmed menerima biasiswa penuh untuk pengajian sekolah menengah dan peringkat ijazah.

"Qatar adalah tempat yang menarik untuk dilawati. Saya suka bandar Doha kerana ia begitu moden. Saya nampak begitu banyak sekolah yang menakjubkan di sana.

"Guru-gurunya juga sangat bagus. Saya rasa, saya akan belajar banyak perkara serta bergembira di sana," kata Ahmed menerusi kenyataan.

Pada Isnin lalu Ahmed mengunjungi White House selepas menerima jemputan daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama.

Berita penahanan Ahmed, anak pendatang dari Sudan tersebar dan mendapat perhatian ramai apabila kanak-kanak itu dilaporkan digari selepas dia ditahan di kelasnya bersama-sama jam tangan tersebut, setelah pegawai di sekolahnya di pinggir Dallas mendakwa dia membuat bom.

Remaja itu tiba-tiba menjadi seorang bintang di media sosial dengan hashtag #IStandWithAhmed.

Tags / Kata Kunci: Ahmed Mohamed , Remaja Buat Jam

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan