13 Letupan Bom Gegar Dua Pekan Di Pattani

Diterbitkan: Rabu, 21 Oktober 2015 10:40 PM

(Ubah saiz teks)

PATTANI: Dua pekan di daerah Khokpo iaitu Napradu dan Khokpo di sini digegarkan dengan 13 letupan bom antara jam 7.30 malam Selasa dan 6.30 pagi Rabu manakala tiga lagi bom berjaya dimatikan.

Bagaimanapun, tiada kecederaan atau kematian dilaporkan dalam kejadian tersebut yang dipercayai didalangi oleh kumpulan pemisah di selatan wilayah Thailand itu.

Ketua Polis Daerah Khokpo, Pattani, Kol.Polis Uthai Thipsepa berkata sejumlah lapan butir bom meletup di tujuh kawasan di Khokpo manakala tiga butir lagi dapat dimusnahkan dan lima butir bom meletup di Napradu.

Beliau berkata kesemua bom yang digunakan adalah seberat dua kilogram dan diaktifkan dengan menggunakan telefon bimbit. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: letupan , Pattani

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan