Clink Cardiff Restoran Banduan Antara 10 Terbaik Di Britain

Diterbitkan: Isnin, 19 Oktober 2015 6:00 PM

(Ubah saiz teks)

GABUNGAN tenaga banduan dari dua penjara yang menguruskan sebuah restoran berjaya meletakkan premis itu antara 10 yang terbaik di Britain.

Malahan, Restoran Clink turut mendapat undian tertinggi menewaskan restoran chef selebriti terkenal iaitu Gordon Ramsay dan Jamie Oliver.

Undian yang diperoleh restoran kendalian banduan dari Penjara Cardiff dan Prescoed itu kerana pelanggan berpuas hati dengan sikap ramah kakitangannya.

Selain Restoran Clink, premis lain yang turut tersenarai adalah penerima Anugerah Michelin iaitu Restoran Le Manoir aux Quat'Saisons di Great Milton, Oxfordshire.

Ulasan dalam laman web TripAdvisor digunakan untuk menentukan pemenang anugerah Restoran Pilihan Pelancong 2015.

Dibuka pada 2012, restoran yang mempunyai 96 kerusi ini menyediakan sarapan dan hidangan tengah hari. Setiap banduan disini, dibayar £14 (RM66) untuk bekerja 40 jam seminggu.

Jurucakap TripAdvisor, James Kay berkata, restoran itu dapat mengatasi saingan dalam industri pemakanan di United Kingdon dengan menyediakan makanan berkualiti dan perkhidmatan konsisten kepada pengguna.

Antara 946 restoran di sini, ia menjadi tumpuan di Cardiff. Ada tiga lagi premis yang dikendalikan banduan di sekitar Britain.

Kaedah memberi tugas kepada banduan untuk mengendalikan restoran bertujuan mengurangkan kesalahan banduan melalui projek yang melatih dan memberi kemahiran praktikal bagi membantu pemulihan mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif The Clink Charity, Chris Moore berkata:"Pekerja di restoran itu gembira tercalon antara 10 daripada 100 restoran di UK oleh pengguna TripAdvisor dan ia adalah pencapaian yang membanggakan." 




Tags / Kata Kunci: Clink Cardiff , banduan , Britain

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan