Lima Pendaki Rentung Di Gunung Lawu

Diterbitkan: Isnin, 19 Oktober 2015 2:17 PM

(Ubah saiz teks)

SURABAYA: Terperangkap dalam kebakaran hutan ketika mendaki Gunung Lawu dekat sini mengakibatkan lima pendaki rentung, manakala seorang lagi cedera parah.

Pasukan penyelamat yang bergegas ke lokasi menemui mayat tiga pendaki wanita dan dua lelaki yang rentung itu.

Maklumat berhubung kejadian itu diperoleh daripada seorang pendaki yang berjaya menyelamatkan diri dan membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Pasukan penyelamat turut menemui seorang lagi pendaki yang hampir 50 peratus badannya terbakar di kaki gunung berkenaan.

Jurucakap pasukan penyelamat, Agung Lewis berkata, pihaknya turut  menemui 13 lagi pendaki dan berjaya membawa kumpulan itu keluar.

“Kumpulan 13 pendaki ini tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Identiti lima mangsa yang maut itu masih belum dikenal pasti,” katanya.

Sementara itu, seorang pegawai penyelamat, Hendrik memberitahu, semua pendaki itu tidak mendaftar dengan pihak berkuasa sebelum mendaki gunung berkenaan.

“Aktiviti mendaki gunung ini ditutup sejak Jumaat lalu akibat cuaca buruk dan kebakaran hutan,” jelasnya.

Kebakaran hutan di gunung itu tercetus lebih sebulan lalu dan sehingga kini masih belum dapat dipadamkan. 


Tags / Kata Kunci: Gunung Lawu , Agung Lewis

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan