Oscar Pistorius Bebas, Bakal Jalani Hukuman Tahanan Rumah

Diterbitkan: Sabtu, 17 Oktober 2015 12:08 PM

(Ubah saiz teks)

JOHANNESBURG: Bekas pelari Olimpik yang kudung kedua-dua kakinya, Oscar Pistorius, yang dihukum penjara kerana menembak mati teman wanitanya pada 2013, dibebaskan untuk menjalani tahanan rumah.

Proses itu akan berkuatkuasa 20 Oktober ini.

Jabatan Pemulihan Afrika Selatan memaklumkan, keputusan itu dibuat lembaga parol penjara selepas Pistorius menghabiskan tempoh setahun daripada hukuman penjara lima tahun yang dikenakan ke atasnya kerana membunuh pada Hari Valentine dua tahun lalu.

Pihak lembaga itu juga meluluskan penempatan pesalah menurut pengawasan jabatan itu.

Pistorius dibebaskan daripada tuduhan membunuh Reeva Steenkamp, tahun lalu, namun pendakwa raya merayu keputusan perbicaraan dan akan menuntut sabitan membunuh sekali lagi di Mahkamah Agung Afrika Selatan 3 November ini.

Jika Pistorius disabitkan atas tuduhan membunuh oleh panel lima hakim dalam rayuan itu, dia akan kembali ke penjara untuk tempoh 15 tahun, hukuman minimum atas kesalahan membunuh di Afrika Selatan, yang tidak lagi menggunakan hukuman mati. -AP





iklan

Kolumnis

iklan

Iklan