Malaysia Akan Disertai Anggota Tidak Tetap UNSC Baharu Tahun Depan

Diterbitkan: Sabtu, 17 Oktober 2015 12:15 PM

pbb
(Ubah saiz teks)

NEW YORK: Malaysia akan disertai beberapa anggota tidak tetap yang baharu dalam Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) pada 2016.

Dalam pusingan tunggal pengundian pada Khamis, Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memilih Mesir, Jepun, Senegal, Ukraine dan Uruguay untuk berkhidmat sebagai anggota tidak tetap UNSC bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 1 Januari 2016, sehingga 31 Disember 2017.

Tempoh dua tahun Malaysia sebagai anggota tidak tetap UNSC akan berakhir pada penghujung 2016.

Lima kerusi anggota tidak tetap yang baharu untuk pemilihan pada 2015, diagihkan berdasarkan geografi serantau adalah: dua kerusi untuk Kumpulan Afrika (dua anggota semasa Chad dan Nigeria akan dikosongkan dari 2016); satu kerusi untuk Kumpulan Asia Pasifik (akan dikosongkan oleh Jordan); satu kerusi untuk Kumpulan Negara-negara Amerika Latin dan Caribbean (akan dikosongkan oleh Chile); dan satu kerusi untuk Kumpulan Eropah Timur (kini dipegang Lithuania).

'Eropah Barat dan Kumpulan Lain' tidak bertanding sebarang kerusi tahun ini kerana dua kerusinya (kini dipegang New Zealand dan Sepanyol) adalah untuk pemilihan bagi setiap tahun kalendar.

Lima anggota tetap UNSC, yang masing-masing mempunyai kuasa veto ialah China, Perancis, Rusia, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Anggota tidak tetap yang akan kekal dalam majlis sehingga akhir 2016 ialah Angola, Malaysia, New Zealand, Sepanyol dan Venezuela.

Kedatangan Ukraine sebagai anggota tidak tetap akan menyaksikan kerjasama aktif antara negara itu dengan Malaysia yang bersama-sama dengan Australia, Belgium dan Belanda, akan dapat mengharapkan sokongan aktif dalam meneruskan 'MH17' yang juga subjek dalam laporan yang baru dikeluarkan oleh Lembaga Keselamatan Belanda (DSB).

Kedua-dua pentadbiran Amerika Syarikat dan Setiausaha Agung PBB 'mengalu-alukan' penemuan konklusif oleh DSB berkenaan pesawat MH17 yang ditembak jatuh itu, merujuk kepada pejuang pemberontak pro-Rusia di Timur Ukraine.

"Saya percaya Ukraine akan bekerjasama secara aktif dengan Malaysia untuk meneruskan siasatan kes jenayah ini," kata seorang diplomat Asia yang biasa dengan kedua-dua negara kepada Bernama dan tidak mahu namanya disiarkan.

Di bawah Piagam PBB, Majlis Keselamatan mempunyai tanggungjawab utama untuk memelihara keselamatan dan keamanan antarabangsa.

Setiap satu anggota majlis mempunyai satu undi.

Di bawah Piagam itu, kesemua negara anggota PBB mempunyai kewajipan untuk mematuhi resolusi UNSC.

Majlis Keselamatan terus memainkan peranan utama dalam menentukan kewujudan ancaman kepada keamanan dan perbuatan pencerobohan.

Ia secara tradisionalnya memanggil pihak-pihak bertelagah untuk menyelesaikannya secara aman dan mengesyorkan kaedah pelarasan atau terma penyelesaian.

Dalam sesebuah kes, Majlis Keselamatan boleh mengambil jalan keluar dengan mengenakan sekatan atau membenarkan penggunaan kekerasan untuk mengekalkan atau memulihkan keamanan dan keselamatan antarabangsa.

Ia juga mencadangkan kepada Perhimpunan Agung pelantikan Setiausaha Agung dan kemasukan anggota baharu dalam PBB.

Majlis Keselamatan PBB, bersama-sama Perhimpunan Agung, memilih hakim-hakim Mahkamah Keadilan Antarabangsa. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: UNSC , PBB

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan