"Mumba" Trend Baharu Senaman Di HK

Diterbitkan: Jumaat, 16 Oktober 2015 12:51 PM

(Ubah saiz teks)

SENAMAN 'Mumba' adalah trend baharu untuk golongan ibu bapa di Hong Kong yang ingin bersenam sambil mendukung bayi mereka.

Ia dilakukan sambil ibu bapa mendukung bayi mereka menggunakan alat dukungan yang diikat pada badan.

Di Hong Kong, penggunaan alat mengendong bayi sedemikian bagi memudahkan ibu bapa melakukan aktiviti harian.

Malahan, keadaan berbukit di situ juga menyukarkan ramai ibu bapa untuk kembali kepada cara asas membawa bayi kerana kereta sorong tidak lagi sesuai.

"Banyak permintaan daripada ibu yang mahu kembali langsing dan kuat selepas bersalin, juga di kalangan mereka yang tidak mahu meninggalkan bayi semasa bersenam.

"Kami menggabungkan pelbagai jenis senaman termasuklah yoga, menari, 'suspension training' (TRX), pilates dan menariknya ialah dengan menggunakan bayi untuk latihan berat.

"Tidak perlu menggunakan alatan yang mahal, hanya anda dan bayi juga dengan ibu bapa yang lain yang dibimbing oleh ahli profesional. Kehidupan di Hong Kong sangat mencabar dan ia bandar yang sukar untuk para ibu baru," kata pengasas bersama Mumba Fitness, Ifat Hindes.

Perasaan sunyi dan bagaikan terperangkap dalam pangsapuri kerana sukar membawa kereta sorong untuk bersiar bersama bayi di taman dan menjalankan kegiatan harian menyebabkan ibu bapa di Hong Kong memikirkan sesuatu yang baharu.

"Saya selalu ingin keluar berjumpa dengan ibu-ibu lain. Saya juga teringin untuk bersenam tetapi sukar kerana perlu tinggalkan anak di rumah. Jadi senaman ini menyelesaikan segala masalah saya. Tambah pula anak saya sukakannya dan dia fikir kami sedang bermain," kata seorang ibu baru, Angela Gou.

Bayi berusia tiga bulan ke atas boleh menyertai program senaman itu kerana gerakannya perlu memastikan leher bayi dikawal dengan betul dan kedudukan pinggul bayi dilindungi.

"Senaman sambil mendukung bayi ini tidak ada masalah selagi alat dukung bayi mampu untuk menyokongnya dan aktiviti yang dilakukan tidak terlalu lasak," kata ahli fisioterapi yang juga pemilik Physiobaby, Helen Binge. - AFP




Tags / Kata Kunci: Mumba , Hong Kong , bayi

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan