Pelarian Afghanistan Ditembak Mati Cuba Masuk Bulgaria

Diterbitkan: Jumaat, 16 Oktober 2015 3:27 PM

(Ubah saiz teks)

SOFIA (Bulgaria): Seorang lelaki warga Afghanistan ditembak oleh pegawai polis sempadan ketika cuba memasuki Bulgaria secara haram bersama sekumpulan pelarian dekat bandar Sredets di tenggara Bulgaria pada lewat malam Khamis.

Lelaki berkenaan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital, kata ketua setiausaha kementerian dalam negeri, Georgi Kostov.

"Polis dan pengawal sempadan di kawasan itu telah menemui sekumpulan 50 orang yang memasuki ke negara ini secara haram," kata Kostov kepada radio tempatan.

Kostov berkata, kesemua pelarian itu berusia antara 20 dan 30 tahun, berasal dari Afghanistan dan ditahan dalam keadaan baik dekat Sredets, kira-kira 30 kilometer dari sempadan Turki-Bulgaria.

"Mereka membuat penentangan semasa penahanan itu. Salah seorang pengawal melepaskan tembakan sebagai amaran, dan salah seorang daripada pelarian cedera akibat lantunan peluru berkenaan dan kemudiannya meninggal dunia," katanya.

Pihak pendakwa raya sedang menyiasat insiden itu, yang pertama sejak bermulanya kemasukan pelarian di bandar Balkan dua tahun lalu. - REUTERS


iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan