Lelaki Tinggal Dekat Lapangan Terbang Kemuka 729 Aduan Bunyi Bising - Berita Dunia | mStar

Lelaki Tinggal Dekat Lapangan Terbang Kemuka 729 Aduan Bunyi Bising

Diterbitkan: Jumaat, 16 Oktober 2015 8:05 AM

(Ubah saiz teks)

SEORANG lelaki yang tinggal berdekatan dengan salah sebuah lapangan terbang paling sibuk di United Kingdom membuat aduan mengenai bunyi bising sebanyak 729 kali hanya dalam tempoh setahun.

Portal Mirror melaporkan ia bermakna, lelaki berkenaan membuat laporan mengenai bunyi bising enjin pesawat secara purata dua kali sehari.

Ketidakpuashatian lelaki terbabit mengenai bunyi bising turut dapat dilihat menerusi 1,509 aduan pada 2013/14.

Sebanyak 773 aduan dilaporkannya pada tahun sebelumnya.

Tahun ini, bagi tempoh 2014/15, terdapat 860 aduan dikemukakan.

Mirror yang memetik laporan Manchester Evening News bahawa angka berkenaan didedahkan dalam satu laporan berkaitan dengan tanggungjawab Lapangan Terbang Manchester kepada kawasan kejiranan.

Lapangan terbang tersebut berusaha melakukan pelbagai cara untuk mengurangkan pencemaran bunyi.

Lebih £837,000 (RM5.32 juta) diperuntukkan bagi pemasangan penebat bunyi di kesemua empat lapangan terbang yang dikendalikan oleh Manchester Airports Group sejak tiga tahun lalu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan