Lelaki 'Hidup Semula' Di Bilik Mayat Meninggal Dunia

Diterbitkan: Khamis, 15 Oktober 2015 2:03 PM

Prakash disahkan meninggal dunia.

(Ubah saiz teks)

MUMBAI: Pihak berkuasa pada Rabu mengesahkan seorang lelaki India yang mengejutkan kakitangan hospital apabila tiba-tiba 'hidup semula' sebelum bedah siasat dilakukan telah meninggal dunia, menurut pihak berkuasa pada Rabu.

Pada Ahad lalu, seorang doktor di Mumbai melakukan kesilapan apabila mengesahkan Prakash, seorang lelaki yang hidup sebagai gelandangan, meninggal dunia selepas polis menjumpainya dalam keadaan tidak sedarkan diri dan terkena pelbagai jangkitan.

Sebelum proses bedah siasat dimulakan, kakitangan hospital tersebut menerima kejutan apabila lelaki yang disahkan mati itu 'hidup semula'.

Prakash kemudiannya dikejarkan ke unit rawatan rapi.

Polis dan doktor menyalahkan antara satu sama lain atas kesilapan tersebut.

Namun kedua-dua pihak bersetuju mengesahkan lelaki tersebut meninggal dunia akibat jangkitan yang dihidapinya pada Selasa.

"Ya, dia telah meninggal dunia," kata Timbalan Pesuruhjaya Polis Mumbai, Ashok Dudhe.

Tags / Kata Kunci: Prakash , Mumbai

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan