Dua Lelaki Dikesan Dalang Insiden Pengeboman Di Ankara

Diterbitkan: Isnin, 12 Oktober 2015 11:55 AM

(Ubah saiz teks)

ISTANBUL: Dua pengebom berani mati lelaki menjadi dalang letupan bom pada himpunan aman aktivis pro-Kurdis yang mengorbankan 97 orang di Ankara, menurut Pejabat Perdana Menteri Turki.

"Usaha mengecam mayat dua penganas yang terbabit dalam letupan bom itu masih dilakukan sehingga kini," kata Perdana Menteri Turki, Ahmet Davutoglu dalam satu kenyataan.

Jelasnya, serangan yang mengorbankan sebanyak 97 orang itu merupakan angka korban tertinggi dalam sejarah moden Turki selepas 95 terbunuh dalam insiden sebelum ini.

"Mayat 92 mangsa telah dikenalpasti dan usaha mengecam lima mayat lagi masih diteruskan," tambahnya.

Parti Demokratif Rakyat (HDP) pro-Kurdis mendakwa angka kematian meningkat pada 128 orang tetapi tidak disahkan oleh pihak berkuasa

Tags / Kata Kunci: Ankara , Turki

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan