Roda Hadapan Pesawat SIA Patah - Berita Dunia | mStar

Roda Hadapan Pesawat SIA Patah

Diterbitkan: Ahad, 11 Oktober 2015 2:11 PM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Roda ketiga untuk mendarat di bahagian hadapan pesawat Singapore Airlines (SIA) tiba-tiba patah di Lapangan Terbang Changi, pagi Ahad.

Menurut jurucakap SIA, pesawat jenis Airbus A330-300 itu berada di depan pintu pelepasan kira-kira pukul 8 pagi ketika insiden tersebut berlaku.

"Tiada penumpang atau anak kapal di dalam pesawat pada ketika itu. Seorang jurutera yang berada di dalamnya tidak mengalami sebarang kecederaan.

"SIA akan memberi kerjasama penuh dengan pihak berkuasa dalam siasatan mereka," kata jurucakap itu.

Pesawat tersebut yang menggunakan nombor penerbangan SQ890 dijadualkan berlepas ke Hong Kong dari Terminal 3, Lapangan Terbang Changi kira-kira pukul 7.30 pagi sejurus tiba dari Lapangan Terbang Pudong, Shanghai selepas tengah malam hari yang sama.

Namun pesawat lain digunakan untuk menggantikan pesawat tersebut.


Tags / Kata Kunci: SIA , roda pesawat , patah , Lapangan Terbang Changi
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan