Laporan Akhir Tragedi MH17 Selasa Ini

Diterbitkan: Ahad, 11 Oktober 2015 1:00 PM

(Ubah saiz teks)

THE HAGUE: Pasukan Penyiasat Antarabangsa akan membentangkan laporan akhir mengenai pesawat Malaysia Airlines MH17 yang ditembak jatuh di wilayah yang dilanda perang saudara di timur Ukraine pada Selasa ini.

Bagaimanapun, persoalan yang masih membelenggu semua pihak ketika ini ialah siapakah yang harus dipersalahkan masih belum dapat diselesaikan.

Lembaga Keselamatan Belanda (OVV) yang mengetuai pasukan penyiasat antarabangsa sejak pesawat Boeing 777 itu terhempas pada tahun lalu, akan mengeluarkan laporan pada pukul 11.15 pagi waktu tempatan di Gilze-Rijen, pangkalan tentera udara di selatan Belanda.

Pada 17 Julai tahun lalu, semua 298 penumpang kebanyakannya rakyat Belanda termasuk 15 anak kapal terkorban dalam nahas pesawat tersebut.

Pesawat yang berlepas dari Amsterdam menuju ke Kuala Lumpur itu ditembak jatuh, dipercayai menggunakan peluru berpandu semasa pertempuran sengit antara pasukan Ukraine dan pemisah pro Rusia.

Menurut OVV, laporan pada Selasa nanti yang dikeluarkan 15 bulan selepas nahas itu akan memberi tumpuan kepada empat aspek.

"Punca kemalangan; isu terbang di kawasan konflik; soalan mengapa rakyat Belanda... waris mangsa terpaksa menunggu dua hingga empat hari sebelum menerima pengesahan daripada pihak berkuasa Belanda mengenai orang tersayang mereka yang berada di dalam pesawat dan terakhir, persoalan sejauh mana penumpang penerbangan MH17 peka dengan nahas itu.

"Namun seperti yang sudah ditegaskan sebelum ini, pihaknya tidak akan menyalahkan atau mengatakan pihak mana yang bertanggungjawab terhadap nahas itu. 

"Ia tanggungjawab pasukan penyiasat jenayah untuk menjawab soalan itu," katanya.

Tags / Kata Kunci: MH17 , laporan akhir

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan