Bapa Turunkan Berat Badan Kerana Tidak Mahu Malukan Anak

Diterbitkan: Jumaat, 9 Oktober 2015 11:30 AM

(Ubah saiz teks)

SEORANG bapa sanggup menurunkan berat badannya sebanyak 127 kilogram kerana tidak mahu memalukan anaknya di hari pertama persekolahan.

Sebelum ini, berat Matthew Thornton, 43, mencecah 197 kilogram semasa anak lelakinya, Freddie, 2, masih bayi.

"Anak lelaki saya masih kecil semasa saya mengalami obesiti yang melampau, tetapi Freddie lihat gambar lama saya dan mengatakan ayahnya sangat gemuk.

"Pada 2013, anak lelakinya baru berusia 2 tahun. Saya tahu dia akan memulakan sesi persekolahan dalam beberapa tahun lagi dan saya tidak mahu jadi seorang bapa yang gemuk," kata Matthew.

Perubahan selama dua tahun itu berjaya selepas dia menukar semua makanan yang tidak sihat kepada makanan seimbang dan senaman yang dilakukan.

Berat badannya yang susut kepada 70 kilogram kini menyebabkan ramai tidak mengenalinya.

Pinggang Matthew pernah mencecah kepada 58 inci dan berkata dia perlukan perubahan dan mula merujuk kepada pakar yang menawarkan perkhidmatan perlangsingan berat badan.

Kini, pinggang Matthew mencecah 28 inci dan beliau bangga dengan kejayaannya dan berkata pencapaiannya ini akan dijadikan sebagai contoh terbaik kepada anaknya.


Tags / Kata Kunci: London , Makanan Seimbang , Berat Badan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan