Inisiatif Global Perangi Malaria Dibentang Di KL

Diterbitkan: Rabu, 7 Oktober 2015 7:39 PM

(Ubah saiz teks)

PEMIMPIN dunia melancarkan inisiatif global dan serantau dalam memerangi nyamuk jangkitan malaria yang boleh membawa maut dengan mengukuhkan komitmen baru, strategi pembasmian, peralatan dan dana.

Jakarta Post melaporkan, pembentangan untuk membasmi penyakit ini sebelum 2030 akan dilakukan pada November ini di Kuala Lumpur.

Menurut Nafsiah Mboi, penyakit malaria jadi keutamaan kesihatan sejagat dalam perutusan khas Perikatan Pemimpin Asia Pasifik Mengenai Malaria (APLMA).

"Asia Paifik bersedia untuk jadi sebahagian daripada inisiatif global untuk memerangi malaria dengan kaedah dan strategi terbaru," kata Menteri Kesihatan Indonesia sebelum berangkat ke New York untuk mesyuarat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) minggu lepas.

Seramai 18 pemimpin sekitar rantau Asia Pasifik menubuhkan perikatan semasa Sidang Kemuncak Asia Timur di Brunei Darussalam pada 2013 untuk menggandakan usaha memerangi malaria.

Laporan bertajuk 'Daripada Aspirasi Kepada Tindakan: Apakah Langkah Untuk Membasmi Wabak Malaria?' menggesa penderma dan negara yang dijangkiti malaria untuk memperluaskan komitmen masing-masing.

Menerusi usaha yang dijalankan, pembasmian itu mampu menyelamatkan 11 juta nyawa.

Tags / Kata Kunci: malaria , Nafsiah Mboi , APLMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan