20 Cedera, Lima Kritikal Dirempuh Kereta Mewah Jutawan - Berita Dunia | mStar

20 Cedera, Lima Kritikal Dirempuh Kereta Mewah Jutawan

Diterbitkan: Isnin, 5 Oktober 2015 10:07 AM

(Ubah saiz teks)

LEBIH 20 orang penonton cedera selepas seorang juatawan British yang memandu kereta bernilai  £750,000 merempuh orang ramai dalam perlumbaan di Malta.

Paul Bailey (gambar bawah) memandu kereta jenis Porsche Spyder dalam keadaan laju sepanjang laluan lapangan terbang yang tidak digunakan di Hal Farrug sebelum merempuh penonton.

Saksi memberitahu keadaan kecoh dengan orang ramai menjerit selepas kereta yang berkelajuan 210 kmh hilang kawalan dan terbabas ke arah penghadang jalan dan penonton.

Lima daripada 26 yang cedera berada dalam keadaan kritikal termasuk seorang budak perempuan, 6 tahun dan pemandu berusia 55 tahun.

Sembilan lagi mengalami keretakan dan luka memerlukan rawatan hospital.

Menurut Malta Today, Bailey, bapa kepada empat anak menyertai acara tahunan pertunjukan motor Paqpaqli ghall-Istrina dan kejadian rempuhan berlaku pada pukul 2 petang.


Tags / Kata Kunci: Malta , Jutawan
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan