Jerebu Semakin Teruk Di Singapura

Diterbitkan: Isnin, 5 Oktober 2015 10:33 PM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Keadaan jerebu semakin buruk di Singapura pada Isnin, menurut Agensi Alam Sekitar Nasional (NEA) republik ini.

Agensi itu melaporkan bahawa keadaan itu disebabkan oleh tiupan angin yang menolak jerebu memasuki negara ini dari Kalimantan.

Keadaan berjerebu itu dijangka berterusan sepanjang hari ini, kata NEA dalam kenyataan di sini.

Setakat 5 petang Isnin, bacaan Indeks Piawaian Pencemaran (PSI) 24 jam di seluruh negara ini adalah 123-150 yang berada dalam kategori tidak sihat.

Untuk esok (Selasa), NEA berkata angin diramalkan bertiup dari timur-timur laut atau timur-tenggara dan keadaan jerebu dijangka reda sedikit.

Tags / Kata Kunci: Singapura , jerebu

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan