Migran Cuba Ceroboh Terowong Selat Inggeris, Operasi Tren Terganggu

Diterbitkan: Sabtu, 3 Oktober 2015 5:07 PM

Gambar fail menunjukkan Terowong Selat Inggeris yang menghubungkan Perancis dan Britain. Foto EPA

(Ubah saiz teks)

LONDON: Kira-kira 200 migran yang cuba untuk menceroboh masuk ke Terowong Selat Inggeris yang menghubungkan Perancis dan Britain pada awal pagi Sabtu mengakibatkan gangguan operasi perkhidmatan kereta api, kata jurucakap Eurotunnel.

Gangguan itu merupakan insiden terbaharu membabitkan sekumpulan migran yang bermalam di sekitar pelabuhan utara Perancis di Calais dengan harapan dapat memasuki Britain.

Seorang jurucakap Eurotunnel berkata, kira-kira 200 migran menceroboh masuk ke dalam terminal Perancis dan melalui kawasan trek. 

Beliau berkata, kesemua mereka melakukannya secara terancang dan beramai-ramai, sehingga memaksa syarikat berkenaan menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan.

Tambahnya, perkhidmatan Eurotunnel untuk penumpang dan barangan terpaksa ditunda, manakala kereta api mula beroperasi semula namun melakukannya secara perlahan di kawasan Calais, sehingga mengakibatkan jadual perjalanan terganggu.

Calais merupakan salah satu tumpuan bagi pelarian apabila negara-negara Eropah mengalami masalah untuk menangani peningkatan bilangan migran yang berhijrah akibat konflik atau kemiskinan di negara mereka. - Reuters

Tags / Kata Kunci: Terowong Selatan Inggeris , migran

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan