Imej Terbaru Planet Pluto & Bulannya Charon Menakjubkan Para Saintis

Diterbitkan: Jumaat, 2 Oktober 2015 5:17 PM

Imej terbaru Planet Pluto, planet terkecil dalam Sistem Suria kita telah menakjubkan para saintis.

(Ubah saiz teks)

WASHINGTON (AS): Imej-imej terbaru permukaan planet paling jauh dalam Sistem Solar iaitu Pluto dan bulannya, Charon yang dikirim oleh kapal angkasa New Horizons bukan sahaja menakjubkan para saintis dan ahli kaji bintang malah menunjukkan Charon mempunyai sejarah silam yang ganas.

Inilah buat pertama kalinya dalam sejarah, manusia dapat melihat permukaan planet Pluto dan Charon secara jelas dan terang.

Charon misalnya mempunyai permukaan yang terbelah dan di garisan Khatulistiwanya menunjukkan ngarai yang dalam dan panjang iaitu lebih panjang daripada ngarai paling popular di Bumi iaitu Grand Canyon yang terletak di Amerika Syarikat.

Imej-imej dengan resolusi tinggi itu diproses dan dihantar oleh kapal angkasa tanpa manusia, New Horizons yang terbang melintasi Planet Pluto dan bulannya Charon Julai lalu.

Imej Charon dengan kualiti warna yang dipertingkatkan diambil dengan resolusi tinggi.

New Horizons merakamkan beribu-ribu foto sehinggakan ia memerlukan masa selama beberapa bulan untuk memproses dan menghantarnya pulang menerusi isyarat ke Bumi semula.

Saiz Charon, adalah separuh daripada saiz Pluto.

Ia juga adalah bulan paling besar dalam Sistem Suria.

Yang paling mengejutkan saintis ialah permukaan Charon yang mempunyai gunung-ganang dan juga ngarai yang dalam.

Ngarai yang terdapat di bulan ini adalah sepanjang lebih 1,600km - empat kali lebih panjang dari ngarai Grand Canyon.

Imej yang berwarna merah menunjukkan permukaan Charon yang mempunyai ngarai yang dalam sepanjang lebih 1,600 km, empat kali lebih panjang dari ngarai Grand Canyon.

Gambar-gambar yang dirakamkan New Horizons ketika kapal angkasa itu melintasi Charon dan Pluto pada 14 Julai lalu menunjukkan wajah dan permukaan kedua-duanya yang menunjukkan bahawa masa silam gerakan geologikal yang besar pernah berlaku di sini.

"Amat jelas sekali ia menunjukkan pada masa lalu, kerak pada permukaan Charon pernah merobek dan terbuka luas kerana pergerakan yang kuat," kata pakar astrologi, John Spencer, dari Southwest Research Institute di Boulder, Colorado, Amerika Syarikat.

Para saintis juga mendapati, tiadanya kesan kawah yang terbentuk akibat hentaman komet atau astreod pada kawasan-kawasan tertentu di permukaan Charon dan juga Pluto mengesahkan yang terdapatnya permukaan baru ekoran aktiviti geologi.

Imej Pluto (kanan, bawah) dan Charon (atas, kiri) yang dirakamkan oleh New Horizons.

Kapal angkasa New Horizons ketika ini sedang berada 5 bilion kilometer dari Bumi dengan maklumat terbaru menunjukkan segala sistem pada pesawat tersebut berjalan lancar.

Pluto adalah planet paling kecil dan terjauh dalam Sistem Solar kita. Selepas Pluto, tidak ditemui sebarang objek yang boleh diklasifikasikan sebagai planet.

Tags / Kata Kunci: Pluto , Charon , Sistem Suria , Grand Canyon

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan