Hujan Di Serata Tempat Kurangkan Jerebu Di Singapura

Diterbitkan: Jumaat, 2 Oktober 2015 1:34 PM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Hujan di serata tempat di Singapura dan sekitar rantau ini malam Jumaat telah membantu mengurangkan jerebu yang menyelubungi republik ini, menurut Agensi Alam Sekitar Nasional (NEA).

Walaupun kualiti udara bertambah baik, jarak ketampakan masih rendah akibat ketepuan selepas hujan tetapi ia dijangka bertambah baik secara beransur-ansur, kata NEA.

Setakat 11 pagi Jumaat, bacaan Indeks Pencemaran Standard (PSI) selama 24 jam adalah 115 hingga 149, dalam kategori tidak sihat manakala PSI bagi tiga jam adalah 115.

NEA berkata hujan telah berjaya mengurangkan tahap jerebu di kawasan perairan negara ini dan sekitarnya.

Bagaimanapun, jerebu masih menyelubungi kawasan selatan Sumatera.

Bagi hari ini, angin diramal terus bertiup dari tenggara ata selatan, menurutya dan keadaan berjerebu dijangka berterusan.

Tags / Kata Kunci: jerebu , NEA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan